Category: Tourism News

[Malay] RM3 juta wujudkan Persiaran Maharani (RM 3 million for Maharani Promenade Walk)

Tarikan baharu di sepanjang pesisir Sungai Muar
ZULHISHAM ISAHAK | 08 Julai 2015 12:20 AM

JALAN Maharani yang akan dinaik taraf dan diperindahkan bakal dikenali sebagai Persiaran Maharani sesuai dengan gelaran Bandar Maharani Bandar Diraja di Muar, Johor. UTUSAN/ISHAK RAHMAD

JALAN Maharani yang akan dinaik taraf dan diperindahkan bakal dikenali sebagai Persiaran Maharani sesuai dengan gelaran Bandar Maharani Bandar Diraja di Muar, Johor. UTUSAN/ISHAK RAHMAD

Jalan Maharani yang terletak di tepi Sungai Muar sepanjang kira-kira satu kilometer di bandar ini akan dinaik taraf sebagai Persiaran Maharani dengan kos RM3 juta tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ramlee A. Rahman berkata, proses menaik taraf jalan itu yang mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri akan dilakukan dari Hotel Traders Muar sehingga ke Jambatan Sultan Ismail.

Beliau berkata, MPM akan turut menambah dan menukar lampu-lampu sedia ada untuk meningkatkan sistem pencahayaan bagi menceriakan lagi kawasan itu pada waktu malam.

“Laluan pejalan kaki terpanjang dan terlebar di Muar ini akan dibina, manakala bahu jalan dinaik taraf. Parit juga akan dinaik taraf untuk mengelakkan masalah sistem pengaliran sehingga me- nimbulkan pencemaran bau.

“MPM akan menempatkan satu kawasan perniagaan baharu dengan konsep terbuka dan santai di jalan itu yang bakal menjadi satu tarikan baharu di bandar ini di samping membangunkan pesisiran Sungai Muar,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Ramlee berkata, kawasan perniagaan baharu itu akan berope- rasi pada Sabtu kedua dan keempat setiap bulan.

Apabila kawasan perniagaan dibuka, MPM akan menutup Jalan Maharani selama 12 jam bermula pukul 3 pagi hingga 3 petang dan kawasan itu strategik kerana bersambung dengan Uptown Maharani.

“Orang ramai boleh bersantai sambil menikmati pemandangan indah Sungai Muar bersama-sama keluarga selain membeli-belah. MPM yakin semua pihak akan mendapat keuntungan terutamanya apabila kawasan itu mula dibanjiri pelancong asing,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/rm3-juta-wujudkan-persiaran-maharani-1.111597#sthash.Zz8fk6Bl.dpuf

Category: Tourism News